Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Tuesday, January 3, 2017

cookies chocolate chip nyum nyum!

Assalamualaikum.. hi.. first of all, selamat menyambut tahun baru masihi.
Ini post pertama aku untuk tahun  2017 ni. Moga bertambah tahun, usia, maka bertambah jua amalan baik kita semua.
Okay. Aku dah start keje balik 19/12, awal dowh.. lepas hampir sebulan duk beguling, melompat di kampung dengan adik beradik, anak sdare maka jangan ditanya laaa berat maintainke tak.. Ceihh. 2 minggu ni asyik duk kena g kursus, meeting, kursus, meeting... dan tugasan untuk tahun depan makin bertambah la plak. Bila dah ngajor tahap 2 ni, kena jadi mentor. Nak tanak aku kena usaha ingat balik latihan based, kawad, jahitan, ikatan yang aku blajor tahun lepas. Yelaa.. nak ajar mentee  nanti takkan time tu baru nak bukak buku.. iye doppp~

3 tahun berturut-turut di beri amanah menjadi penyelaras kelab dan persatuan. Moga tahun 2018 orang lain plak yang jadi ye.. hahaha.

So lepas abis gotong royong semalam (sabtu), harini lekat aku dengan mira je kat rumah. Lagi 2 orang housemate dating dengan suami memasing. Maka kami pun bersiap sesaje nakgi jalan dekat mall di bangi avenue. Tak pernah lagi kesana, just pergi melawat cawangan sekolah kat situ je.
So, alang-alang dah kat mall, maka aku pun cari lerr bahan2 nak buat cookies butter chocolate chip.

Bahan-bahan yang aku guna untuk buat cookies ni :

1- Butter (aku guna buttercup. Tak mahal dalam rm5 camtu )
2- Gula kastor ( kalau malas nak beli, blend kering jee gula biasa. Kasi dia halus, ape susahhh )
3- Brown sugar
4- 2 biji telur (kebetulan aku guna telur omega, guna je laa labuuuu)
5- Tepung ( aku guna tepung faiza, yakin halal, cia cia cia )
6- Baking soda
7- Sedikit garam ( aku guna garam bukit yg halus, jenama halagel )
8- Sweet chocolate chip ( yg ni murah, satu bekas tu rm2.50, kalau nak lagi best korang pegi beli kat kedai kek )
9- esen vanilla

Semua bahan2 ni aku beli kat mall je... kalau cari kat D.I.Y memang korang tak jumpa laaaaaa.............
Aku bagi contoh D.I.Y ni sebab lepas g mall tu, aku masuk D.I.Y cari barang kelas..hahaahahaha!


So kat bawah ni  cara aku nak buat cookies ni~ lets cekidaut.....


Mula-mula sekali aku campurkan butter, 1 cawan brown sugar dan 1 cawan gula castor. Butter ni kebetulan satu ketul dan 250 gram, aku masukkan je semua. Nak sukat2 bagai x payah sangat lah.. jadi kacau jeee guna kederat tangan aku yg tak berapa nak sado ni haaa... aku tak guna mixer. Jadi sesape yg ada husband tu, tortured diorang sikit, biar diorang kacau adunan ni haaa....




Lepas tu aku masukkan telur dan esen vanilla.. kacau lagi kuat dari tadi... hahahahaha... lenguh jugak duk paksa tangan ni... guna manual, kena banyak sabor laa kan..



Then, buat adunan lain dulu...aku kacau 4 cawan tepung faiza, sedikit garam dan baking soda ( 2 bahan ni korang agak2 je letak, jangan banyak udahlerr..sikit jee ) kacau sebati sebelum di ayak..



Di adunan tepung yang dah diayak.. halus mulus tulus. Bahaha.. 


Masukkan tepung yg dah diayak tadi kedalam adunan kita yang mula-mula tadi. Kacau.

Masukkan chocolate chip . ikut suka korang lah nak banyak mana. Then kacau...


Sambil-sambil menunggu oven panas tu, boleh laa korang kaup adunan cookies kita tadi ke atas baking tray. Boleh guna ais krim scoop. Aku guna sudu je.. 2 sudu.. aku main2 biar jadi bulat2 sikit even x sempurna mana pun.. boleh laa hilangkan boring kan....

Bakar selama 10-15 minit. Aku bakar hingga 15 minit dengan suhu yg sama macam aku bagitaw tadi.



Then.. tadaaaa.... siap dah cookies kite! Kalau nak simpan, tggu bagi sejuk dulu.. makan masa tengah panas2 dap jugak ni... ngap!



simpan dalam balang. so mase tengah2 panas, beberapa dah selamat masuk dalam perut.. hahaha..

okay, got to go. sEe ya!

till then,
pen off.

-snsun-

No comments:

rindu korang sangat-sangat

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

About Me

My photo
a daughter - a sister ~ a friend ~ Islam lover, Islam is the way of my life.. ~ all my post here, either i read somewhere and shared them here, or i reblogged, for the purpose of remind me, and anyone who read it.. i am slow to love, but quick to trust, i wish too hard and I give to much. i'm not saying i'm perfect, but i promise i'm worth it. i'm in love with my dreams, married to success and having an affair with life.

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014