Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Tuesday, January 3, 2017

cookies chocolate chip nyum nyum!

Assalamualaikum.. hi.. first of all, selamat menyambut tahun baru masihi.
Ini post pertama aku untuk tahun  2017 ni. Moga bertambah tahun, usia, maka bertambah jua amalan baik kita semua.
Okay. Aku dah start keje balik 19/12, awal dowh.. lepas hampir sebulan duk beguling, melompat di kampung dengan adik beradik, anak sdare maka jangan ditanya laaa berat maintainke tak.. Ceihh. 2 minggu ni asyik duk kena g kursus, meeting, kursus, meeting... dan tugasan untuk tahun depan makin bertambah la plak. Bila dah ngajor tahap 2 ni, kena jadi mentor. Nak tanak aku kena usaha ingat balik latihan based, kawad, jahitan, ikatan yang aku blajor tahun lepas. Yelaa.. nak ajar mentee  nanti takkan time tu baru nak bukak buku.. iye doppp~

3 tahun berturut-turut di beri amanah menjadi penyelaras kelab dan persatuan. Moga tahun 2018 orang lain plak yang jadi ye.. hahaha.

So lepas abis gotong royong semalam (sabtu), harini lekat aku dengan mira je kat rumah. Lagi 2 orang housemate dating dengan suami memasing. Maka kami pun bersiap sesaje nakgi jalan dekat mall di bangi avenue. Tak pernah lagi kesana, just pergi melawat cawangan sekolah kat situ je.
So, alang-alang dah kat mall, maka aku pun cari lerr bahan2 nak buat cookies butter chocolate chip.

Bahan-bahan yang aku guna untuk buat cookies ni :

1- Butter (aku guna buttercup. Tak mahal dalam rm5 camtu )
2- Gula kastor ( kalau malas nak beli, blend kering jee gula biasa. Kasi dia halus, ape susahhh )
3- Brown sugar
4- 2 biji telur (kebetulan aku guna telur omega, guna je laa labuuuu)
5- Tepung ( aku guna tepung faiza, yakin halal, cia cia cia )
6- Baking soda
7- Sedikit garam ( aku guna garam bukit yg halus, jenama halagel )
8- Sweet chocolate chip ( yg ni murah, satu bekas tu rm2.50, kalau nak lagi best korang pegi beli kat kedai kek )
9- esen vanilla

Semua bahan2 ni aku beli kat mall je... kalau cari kat D.I.Y memang korang tak jumpa laaaaaa.............
Aku bagi contoh D.I.Y ni sebab lepas g mall tu, aku masuk D.I.Y cari barang kelas..hahaahahaha!


So kat bawah ni  cara aku nak buat cookies ni~ lets cekidaut.....


Mula-mula sekali aku campurkan butter, 1 cawan brown sugar dan 1 cawan gula castor. Butter ni kebetulan satu ketul dan 250 gram, aku masukkan je semua. Nak sukat2 bagai x payah sangat lah.. jadi kacau jeee guna kederat tangan aku yg tak berapa nak sado ni haaa... aku tak guna mixer. Jadi sesape yg ada husband tu, tortured diorang sikit, biar diorang kacau adunan ni haaa....




Lepas tu aku masukkan telur dan esen vanilla.. kacau lagi kuat dari tadi... hahahahaha... lenguh jugak duk paksa tangan ni... guna manual, kena banyak sabor laa kan..



Then, buat adunan lain dulu...aku kacau 4 cawan tepung faiza, sedikit garam dan baking soda ( 2 bahan ni korang agak2 je letak, jangan banyak udahlerr..sikit jee ) kacau sebati sebelum di ayak..



Di adunan tepung yang dah diayak.. halus mulus tulus. Bahaha.. 


Masukkan tepung yg dah diayak tadi kedalam adunan kita yang mula-mula tadi. Kacau.

Masukkan chocolate chip . ikut suka korang lah nak banyak mana. Then kacau...


Sambil-sambil menunggu oven panas tu, boleh laa korang kaup adunan cookies kita tadi ke atas baking tray. Boleh guna ais krim scoop. Aku guna sudu je.. 2 sudu.. aku main2 biar jadi bulat2 sikit even x sempurna mana pun.. boleh laa hilangkan boring kan....

Bakar selama 10-15 minit. Aku bakar hingga 15 minit dengan suhu yg sama macam aku bagitaw tadi.



Then.. tadaaaa.... siap dah cookies kite! Kalau nak simpan, tggu bagi sejuk dulu.. makan masa tengah panas2 dap jugak ni... ngap!



simpan dalam balang. so mase tengah2 panas, beberapa dah selamat masuk dalam perut.. hahaha..

okay, got to go. sEe ya!

till then,
pen off.

-snsun-

Sunday, September 4, 2016

Rezeki Itu...

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, “Dari mana dan digunakan untuk apa”

Kerana rezeki hanyalah “hak pakai”, bukan “hak milik”…
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.


Saturday, September 3, 2016

Hey, you!

Kau lelaki yang pernah di tinggalkan.
Aku wanita yang pernah di tinggalkan.

Saling meluahkan.
Saling bercerita.
Saling menasihati.
Saling mendoakan.
Saling bergaduh.

Saling melukakan.

Saling menggembirakan.

Saling memahami.

Saling suka dalam diam. (eh?)

Kita sama sama faham perit rasa di tinggalkan oleh seseorang yang kita harapkan.
Kita sama sama tahu macam mana perasaan apabila janji tinggal janji. Harapan cuma tinggal harapan.

Yang meninggalkan itu takkan mengerti rasa ini. Sebab yang kena tinggal tu kita. Bukan dia.

Semoga apabila kau dan aku bersatu, kita takkan saling meninggalkan satu sama lain walau apapun ujian yang melanda, bertahanlah dan jangan berubah kerana kita terlalu faham seperti apa rasanya perasaan di tinggalkan itu.

Aku tak hadam istilah “Tinggalkan seseorang kerana sayang.” Tapi aku yakin dengan istilah “Kalau jodoh tak ke mana.”

Kalau sayang, usaha pertahankan.
Kalau cinta, cepat halalkan.
Jangan bosan denganku meskipun aku membosankan.

Ya, aku memang kasar, selamber, tak manja, dingin, tak mengada ngada, tak sweet.

Kau pula sangat manis, comel, rajin, manja, baik, garang kadang kadang, caring, romantis, penyabar, handsome, pandai, ramai peminat, ada wawasan, kedekut gambar, suka kucing.

Ibarat langit dan bumi.

😌Tapi ketahuilah, langit dan bumi itu saling memerlukan kerana sesungguhnya perbezaan itu yang menyempurnakan.

Hey, aku tak normal macam wanita lain.
Hey, aku macam budak budak.
😅Hey, aku macam tak ada perasaan.
😅Hey, aku keras persis kayu.
😅Hey, aku tak romantis.
😅Hey, aku selalu sakitkan hati.
😅Hey, aku tak memahami.
😅Hey, aku tak pandai bergaya.
😅Hey, aku kampungan.
😅Hey, aku belum solehah.
😅Hey, aku tak belajar tinggi.
😅Hey, aku tak lawa. (eh tapi aku cute apa!)
😅Hey, kucing kau pun lagi normal dari aku.(yg ni tambah sesajer) Hahahahaha!

And hey, last but not least aku ikhlas kot.

And hey again, aku sentiasa ada kot.

Alah nak hey lagi ni, aku sentiasa terbuka terima teguran dan nasihat dan usaha untuk jadi lebih baik.

Hakikatnya aku seorang wanita yang manja apabila tiba waktunya.
Aku seorang wanita yang normal lah.
Hati selembut kapas.
Kau apa tau. Kau tau request lagu yang susah susah je. Haha! Haha! Haha! Haha! *celet tahi hidung kat hidung kau* 😈

Sabarlah dengan waktu.
Sabarlah dengan aku.
Jangan pernah berubah.
Kerana aku takkan berubah.
No matter what, just stay.

Maaf aku bukan puitis.

Tapi ini ikhlas dari hati.

With love and your bff,
I always told Allah about you and us.
❤️

You know who you are..

*sambil playing lagu HACKS*

Saturday, August 13, 2016

Hikmah..

Hakikatnya,apa yang kita masing masing lalui dalam hidup ini,setiap tekanan,kesakitan,kegagalan dan menghadapi kematian,ditinggalkan,dipatahkan hati sama orang,semuanya menjadikan kita orang yang berbeda pandang terhadap makna kehidupan itu sendiri.

Takperlu pun untuk rasa aku lebih mengenal hidup berbanding engkau kerna aku dilebih lama hidup atau aku lebih banyak merasa susah berbanding engkau. Tak perlu. Kerna boleh jadi,setiap yang didiamkan orang dari pengetahuan kita itu jauh lebih banyak,jauh lebh sakit,jauh lebih dalam lukanya.

Kilang yang berbeza menghasilkan tenunan yang berbza.

Begitu juga kita,setiap satu orang yang hidup ini melalui setiap jalan yang berbeza. Lalu kita mengenal definisi setiap satu perkara itu dengan jalan yang amat berbeza. Pada orang,bahagia menurutnya seperti itu dan itu. Pada orang,hikmah itu pasti berlaku untuk disetiap hal yang ditetap tuhan. Tapi pada aku,setiap yang berlaku tidak semestinya beserta hikmah. Adakala tuhan sengaja menjadikan jalan cerita tergantug tanpa ada jawapan. Adakala,tuhan sengaja meletakkan kita di suatu keadaan yang kita sendiri bingung untuk ke kiri atau ke kanan.

Hikmah tidak seharusnya ada.

Percaya kepada hikmah adalah satu kemestian sebagai syarat bahwa “tuhan itu adalah mengikut apa persangkaan hambanya” maka percaya kepada hikmah sama seperti bersangka secara baik kepada tuhan. Tetapi yakin bahwa disetiap hari gelap bakal ada hujan dan pelangi,itu tidak semesti.

Kita yang berbea pandang soal kehidupan kan? Maka tiada siapa yang salah dalam menentukan apa hikmah itu wajid ada atau tidak. Itu tidak penting. Kerna menyelusuri setiap percaturan tuhan yang kian hari kian rumt,dipermudahkan jalan itu sudah cukup terlalu baik berbanding menanti hikmah itu sendiri.

Tapi indahnya hikmah,bikin kita senantiasa senyum untuk hari ini dan esok dan selama penantian kita. Meski dihujungnya,makin tidak kelihatan punca mengapa,tapi kita tetap bersangka baik.

Setidaknya,pengharapan kita tetap utuh. Bukan?:)

#kisahdarisyurga

Tuesday, August 9, 2016

Jaga mulutmu..

Kenapa..ada manusia.. Sorang buat silap, semua benda dia judge. Sorang yang buat, satu kaum dipersalahkan.

Hatta,sebenarnya tak semua macam tu.

Berlaku depan mata, tiap bait kata yang dilafaz, baik caci atau maki dari mulutnya, sampai satu masa.. Terkena balik pada empunya yang caci maki tadi.

Aku renung balik, mungkin ini lah yang dikatakan ALLAH ITU MAHA ADIL.

Pembalasan yang DIA beri tepat pada masa.

Untuk kita, sang pendosa.

_________________

mata-hary
masjid besi, putrajaya
09082016 || 1708

rindu korang sangat-sangat

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

About Me

My photo
a daughter - a sister ~ a friend ~ Islam lover, Islam is the way of my life.. ~ all my post here, either i read somewhere and shared them here, or i reblogged, for the purpose of remind me, and anyone who read it.. i am slow to love, but quick to trust, i wish too hard and I give to much. i'm not saying i'm perfect, but i promise i'm worth it. i'm in love with my dreams, married to success and having an affair with life.

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014